Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN :17 Jun 2020

Ringkasan Kes COVID-19 pada 17 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan: 10

Perincian kes baharu:-

--> Tiada kes import

--> 10 kes penularan tempatan (7 WN, 3 BWN)

  • Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 8,515
  • Jumlah kes aktif: 521
  • Kes sembuh: 140
  • Jumlah keseluruhan kes sembuh: 7,873
  • Jumlah keseluruhan kes di ICU: 4 (Tiada yg memerlukan bantuan alat pernafasan)
  • Kematian: 0
  • Jumlah keseluruhan kematian: 121

Nasihat berkaitan COVID-19

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Risiko Kadar Jangkitan Pesakit COVID-19 yg Bergejala

Kira-kira 85% pesakit COVID-19 di Malaysia adalah tidak bergejala. Apakah tahap perbezaan risiko jangkitan antara pesakit tidak bergejala dan pesakit bergejala?

Sebelum itu, mari kita fahami istilah-istilah ini:

  1. Tidak bergejala (Asymtomatic): individu yang dijangkiti tetapi tidak akan menunjukkan simptom (gejala)
  2. Pra-Simptom (Pre-Symtomatic): Individu yang dijangkiti tetapi belum menunjukkan simptom (gejala)
  3. Bergejala (Symptomatic): Individu yang dijangkiti dan menunjukkan gejala

Individu yang tidak bergejala tidak akan menjangkiti orang lain SEKIRANYA tidak menunjukkan gejala selama 14 hari. Ini kerana longgokan virus atau viral Load (VL) adalah rendah atau bahasa lebih mudah virus ini tidak banyak sekaligus tidak mampu menjangkiti orang lain.

Namun, tidak bermakna orang tidak bergejala tidak mampu menjangkiti orang lain. Seseorang yang tidak bergejala mampu menjangkiti orang lain kira-kira 3 hari (atau 2.3 hari) sebelum hari pertama bergejala. Jangkitan paling aktif berlaku adalah sehari (atau 0.7 hari )sebelum hari pertama mula bergejala. Inilah dikategorikan pesakit pra-simptom atau Pra-Symptomatic.

Sila rujuk kepada graf yang dibuat berdasarkan hasil kajian baharu di China. Hari 0 ialah hari mula bergejala. Pada 2.3 hari sebelum hari pertama mula bergejala, jangkitan mula berlaku kepada orang lain dan pada 0.7 hari sebelum bergejala adalah jangkitan paling aktif berlaku.

Kemampuan virus berjangkit semakin menurun dalam masa 7 hari selepas hari pertama bergejala. Selepas 10 hari pesakit tidak boleh menjangkiti orang lain dan selepas 14 hari, virus itu telah mati.

Mengambil kira hasil kajian ini, KKM akan discaj pesakit selepas 14 hari dirawat walaupun masih positif seperti yang diamalkan di China, Korea Selatan, Singapura dan Jerman. Namun pesakit itu perlu kuarantinkan diri selama 14 hari di rumah. Maksud kuarantin ini adalah tidak boleh berhubung rapat dengan orang lain dan tidak boleh keluar rumah)

Bagaimana 14 hari ini dikira?

  1. Tidak bergejala ( Asymtomatic) : Kiraan bermula hari pertama dikesan positif COVID-19
  2. Bergejala (Symtomatic) : Kiraan bermula hari pertama pesakit bergejala

TABURAN KES

Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan pada hari ini. Daripada sepuluh (10) kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah bukan warganegara manakala tujuh (7) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

Terdapat 3 kluster yang melaporkan kes baharu iaitu

1. Kluster Mati Di Rumah (MDR) Sabah (KLUSTER BAHARU) Kes pertama warga emas yg meninggal dunia akibat sakit jantung pada 12 Jun. Saringan COVID-19 mendapati beliau positif. Setakat ini, dua kontak rapat iaitu kakitangan wad di Hospital Queen Elizabeth 2 didapati positif.

2. Kluster Warga Emas Kuala Selangor. Empat lagi kes baharu dilaporkan hari ini termasuk seorang kakitangan. Setakat ini, tujuh disahkan positif dan 14 masih menunggu keputusan. Semua penghuni telah dikuarantin dan kakitangan memakai PPE ketika menguruskan penghuni.

3. Kluster DTI Bukit Jalil (1)

Tiada kes baharu dilaporkan di kluster lain.

RUMUSAN KLUSTER

Rumusan Kes Kluster Covid-19:Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp