Perlis mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Pada tahun 2020, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang dengan majoritinya merupakan bumiputera iaitu 88.8 peratus dari jumlah penduduk.[2]
Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak di utaraSemenanjung Malaysia bersempadan dengan negaraThailand di utara, negeriKedah di selatan danSelat Melaka di barat. Perlis mempunyai keluasan sebanyak 819 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia.Gunung Perlis yang mempunyai ketinggian 733 meter menjadi titik tertinggi di negeri ini.
Di bahagian utara dan barat daya negeri ini, terbentangnyaBanjaran Nakawan yang merupakan banjaran batu kapur terpanjang di Malaysia. Di banjaran ini terdapat bukit-bukit batu kapur yang sebahagian besarnya terdiri daripadaFormasi Setul yang tertua di Malaysia yang dianggarkan berusia lebih 500 juta tahun. Di banjaran ini juga terletaknyaTaman Negeri Perlis yang berkeluasan 4,379.81 hektar dan beberapa hutan simpan yang lain sepertiHutan Simpan Kekal Mata Ayer danHutan Simpan Kekal Wang Mu.[4]
Dianggarkan jumlah panjang sungai dan terusan di negeri Perlis ialah sepanjang 174.2 kilometer.Sungai Arau menjadi sungai terpanjang di negeri Perlis iaitu sepanjang 21.5 kilometer diikutiSungai Korok dengan panjang 17 kilometer.[5]