TV ALHIJRAH TERIMA ANUGERAH RAKAN STRATEGIK PERNIAGAAN BRANDLAUREATE

Posted onbyLeave a comment

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Islam utama negara, TV Alhijrah menerima anugerah BrandLaureate bagi kategori rakan strategik perniagaan.

Menurut Presiden Dunia BrandLaureate, Dr KK Johan, pengiktirafan itu diberikan kepada TV Alhijrah kerana stesen televisyen itu berjaya mengekalkan kekuatan jenamanya pada tahun 2020 yang lebih mencabar ekoran pandemik COVID-19.

“Jadi kami menyedari jenama mereka dan usaha konsisten mereka membina jenama.

“Oleh sebab itu, kami mengiktiraf dan menganugerahkan TV AlHijrah anugerah yang cukup berprestij ini,” katanya.

Tambah Dr Johan, BrandLaureate amat berbangga memberikan penganugerahan itu kepada TV Alhijrah sempena ‘The BrandLaureate The World’s First E-Branding Award 2020’.

Anugerah itu disampaikan Dr Johan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah Namanzee Harris.

Bagi Namanzee, penganugerah itu satu penghormatan kepada TV Alhijrah dan bukti stesen TV itu mampu kekal berdaya saing meski pun berdepan cabaran yang tidak dijangka.

“Ini hasil kerja keras dan komitmen daripada semua rakan-rakan di TV Alhijrah kerana kita melihat pada 2020 ramai terkesan dengan pandemik, banyak perniagaan terkesan namun kita kekal berdaya saing dan itu perkara yang membanggakan,” katanya.

BrandLaureate merupakan organisasi antarabangsa yang mengiktiraf individu dan syarikat atas sumbangan dan jenamanya. – AlHijrah Online

Share this:

tagged with,,,

Leave a ReplyCancel reply