Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 04 FEB 2022
Updated Sat, 05 Feb 2022 21:12:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh:5,254 kes (2,799,608 kes kumulatif, 96.7%)
- Kes baharu :7,234 kes (2,895,014 kes kumulatif);
- Kes import :234 kes [92 warganegara (39.3%);142 bukan warganegara (60.7%)];
- Kes tempatan :7,000 kes [6,754 warganegara (96.5%); 246 bukan warganegara (3.5%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):118 kes (81 kes disahkan COVID-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan:57 kes (34 kes disahkan COVID-19; 23 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster :6,478 kluster;
- Jumlah kluster baharu :21 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :6,132 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif :346 kluster.
Daripada 7,234 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 73 kes (1.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 7,161 kes (99.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS -TERUS PATUH KEPADA S.O.P -ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W
Laporan terperinci kes harian Covid-19, 4hb Feb 2022 daripada jumlah keseluruhan 7,234 kes adalah seperti berikut;
Kategori 1 : 2,180 kes (30.14%)
Kategori 2 : 4,981 kes (68.85%)
Kategori 3 : 49 kes (0.68%)
Kategori 4 : 11 kes (0.15%)
Kategori 5 : 13 kes (0.18%)









