Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 26 JAN 2022
Updated Thu, 27 Jan 2022 15:04:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh:3,646 kes (2,766,254 kes kumulatif, 97.2%)
- Kes baharu :4,744 kes (2,844,969 kes kumulatif);
- Kes import :429 kes [289 warganegara (67.4%); 140 bukan warganegara (32.6%)];
- Kes tempatan :4,315 kes [4,112 warganegara (95.3%); 203 bukan warganegara (4.7%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):129 kes (110 kes disahkan COVID-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan:72 kes (48 kes disahkan COVID-19; 24 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster :6,349 kluster;
- Jumlah kluster baharu :21 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :6,090 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif :259 kluster.
Daripada 4,744 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 30 kes (0.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,714 kes (99.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS -TERUS PATUH KEPADA S.O.P -ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W








