Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 21 JAN 2022
Updated Sat, 22 Jan 2022 15:01:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh:2,804 kes (2,750,261 kes kumulatif, 97.4%)
- Kes baharu :4,046 kes (2,824,973 kes kumulatif);
- Kes import :489 kes (388 warganegara; 101 bukan warganegara);
- Kes tempatan :3,557 kes [3,449 warganegara (97.0%); 108 bukan warganegara (3.0%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):149 kes (120 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan:71 kes (49 kes disahkan COVID-19; 22 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster :6,284 kluster;
- Jumlah kluster baharu :12 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :6,064 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif :220 kluster.
Daripada 4,046 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 32 kes(0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4014 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS -TERUS PATUH KEPADA S.O.P -ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W








