Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 04 JAN 2022
Updated Wed, 05 Jan 2022 10:59:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :2,862 kes (2,698,613 kes kumulatif, 97.4%);
- Kes baharu :2,842 kes (2,769,886 kes kumulatif);
- Kes import :332 kes (292 warganegara; 40 bukan warganegara);
- Kes tempatan :2,510 kes [2,411 warganegara (96.1%); 99 bukan warganegara (3.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):252 kes (196 kes disahkan COVID-19; 56 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan:134 kes (82 kes disahkan COVID-19; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster :6,139 kluster;
- Jumlah kluster baharu :2 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :5,939 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif :200 kluster.
Daripada 2,842 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 47 kes(1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 2,795 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS -TERUS PATUH KEPADA S.O.P -ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W








