Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 31 DIS 2021
Updated Sat, 01 Jan 2022 12:43:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :3,988 kes (2,685,378 kes kumulatif, 97.4%);
- Kes baharu :3,573 kes (2,758,086 kes kumulatif);
- Kes import :343 kes (327 warganegara; 16 bukan warganegara);
- Kes tempatan :3,230 kes [3,031 warganegara (93.8%); 199 bukan warganegara (6.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):269 kes (217 kes disahkan COVID-19; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan:163 kes (83 kes disahkan COVID-19; 80 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster :6,128 kluster;
- Jumlah kluster baharu :5 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :5,911 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif :217 kluster.
Daripada 3,573 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 52 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,521 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS -TERUS PATUH KEPADA S.O.P -ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W








