Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 28 DIS 2021
Updated Wed, 29 Dec 2021 15:26:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :3,434 kes (2,673,084 kes kumulatif, 97.3%);
- Kes baharu :2,897 kes (2,746,833 kes kumulatif);
- Kes import :192 kes (178 warganegara; 14 bukan warganegara);
- Kes tempatan :2,705 kes [2,577 warganegara (95.3%); 128 bukan warganegara (4.7%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):302 kes (244 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan:169 kes (94 kes disahkan COVID-19; 75 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster :6,114 kluster;
- Jumlah kluster baharu :4 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :5,888 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif :226 kluster.
Daripada 2,897 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 50 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 2,847 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS -TERUS PATUH KEPADA S.O.P -ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W








