Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 24 DIS 2021
Updated Sat, 25 Dec 2021 19:16:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :4,489 kes (2,657,074 kes kumulatif, 97.1%);
- Kes baharu :3,528 kes (2,735,241 kes kumulatif);
- Kes import :103 kes (90 warganegara; 13 bukan warganegara);
- Kes tempatan :3,425 kes [3,247 warganegara (94.8%); 178 bukan warganegara (5.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):339 kes (261 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan:180 kes (117 kes disahkan COVID-19; 63 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster :6,098 kluster;
- Jumlah kluster baharu :4 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :5,869 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif :229 kluster.
Daripada 3,528 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 66 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,462 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS -TERUS PATUH KEPADA S.O.P -ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W








