Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 06 DIS 2021
Updated Tue, 07 Dec 2021 10:00:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :5,894 kes (2,572,053 kes kumulatif, 96.6%);
- Kes baharu :4,262 kes (2,663,034 kes kumulatif);
- Kes import :15 kes (10 warganegara; 5 bukan warganegara);
- Kes tempatan :4,247 kes [4,125 warganegara (97.1%); 122 bukan warganegara (2.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :463 kes (359 kes disahkan COVID-19 ; 104 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan :249 kes (163 kes disahkan COVID-19 ; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster :5,983 kluster;
- Jumlah kluster baharu :5 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :5,749 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif :234 kluster.
Daripada 4,262 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 78 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,184 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS -TERUS PATUH KEPADA S.O.P -ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W




