Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 04 NOV 2021
Updated Fri, 05 Nov 2021 10:03:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh :5,865 kes (2,396,244 kes kumulatif, 96.1%);
- Kes baharu :5,713 kes (2,492,343 kes kumulatif);
- Kes import :32 kes (12 warganegara; 20 bukan warganegara);
- Kes tempatan :5,681 kes [5,392 warganegara (94.9%); 289 bukan warganegara (5.1%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :555 kes (519 kes disahkan COVID-19 ; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan :280 kes (218 kes disahkan COVID-19 ; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster :5,793 kluster;
- Jumlah kluster baharu :5 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :5,426 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif :367 kluster.
Daripada 5,713 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 93 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 5,620 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS -TERUS PATUH KEPADA S.O.P -ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W






