

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM :BAHASA MELAYU
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 8 Januari 2021
Kes sembuh=2,708
Jumlah kes sembuh=105,431 kes
Kes baharu positif=2,643 kes (2,641 tempatan, 2 import)
Jumlah positif=131,108
Kes kematian=16
Jumlah kes kematian=537 kes
Kes dirawat di ICU=170 kes
Bantuan Alat Pernafasan=82 kes
TERUS PATUH KEPADA S.O.P
Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
LAPORAN HARIAN


HEAT MAP KAWASAN AKTIF


Kes aktif di #Johor berjumlah 5,108 termasuk 298 kes baharu semalam, 8 Januari.
Semua daerah kecuali Tangkak dan Segamat adalah zon merah.
Elak pergerakan ke zon merah kerana jangkitan #COVID19 sudah berada dalam komuniti.
Elak 3S, amalkan 3W.




LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 8 Januari 2021, terdapat sebanyak576 kluster telah dilaporkan termasukenam (6) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 319 kluster, termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Jalan Bomba,Kluster Makmur, danKluster Tapak Bina Galeri. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak257 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalahKluster Sungai Putus (374 kes), Kluster Jalan Klinik (132 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes).
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA






LAPORAN SARINGAN BUKAN WARGA NEGARA (BWN)

BERITA DUNIA
Setakat 8 Januari 2021, kes kumulatif positif COVID-19 dunia terus mencatatkan peningkatan ketara dengan 85.5 juta kes direkodkan. Angka korban akibat COVID-19 dunia pula menghampiri 2 juta kes. Amerika Syarikat pula kekal mencatatkan angka tertinggi kes positif COVID-19 dengan 22.1 juta kes. Sejak kelmarin, kes positif COVID-19 Mauritania telah menjejaki angka 15 ribu selepas Botswana. Kedudukan Malaysia pula semakin meningkat di tangga ke-68 dalam kes positif COVID-19 dunia selepas mengatasi Oman, Myanmar, Ireland, Ethiopia dan Honduras yang menjadikan Malaysia negara ketiga paling terjejas akibat pandemik ini di rantau ASEAN.























































































































