

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM :BAHASA MELAYU
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 6 Januari 2021
Kes sembuh=1,129
Jumlah kes sembuh=100,578 kes
Kes baharu positif=2,593 kes (2,589 tempatan, 4 import)
Jumlah positif=125,438
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=513 kes
Kes dirawat di ICU=141 kes
Bantuan Alat Pernafasan=67 kes
TERUS PATUH KEPADA S.O.P
Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
LAPORAN HARIAN
HEAT MAP KAWASAN AKTIF
Johor lapor 571 kes baharu termasuk 2 import luar negara. Seluruh Johor kini zon merah kecuali di Segamat (jingga) dan Tangkak (kuning).
Empat kluster baharu juga dikenalpasti yang melibatkan tempat kerja iaitu Kluster Firma dan Kluster Jalan Padu di JB, Kluster Persiaran Teknologi di Kulai, Kluster Bersepadu di Kota Tinggi.




LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 6 Januari 2021, terdapat sebanyak561 kluster telah dilaporkantermasuk 13 kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak309 kluster, termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Kobena,Kluster Mengketil, danKluster UD SS2. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 252 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak62 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalahKluster Seri Lanang (504 kes), Kluster Bukit Pasir (283 kes), dan Kluster Teratai (85 kes).



KLUSTER BAHARU


KLUSTER TAMAT





































































































TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA



LAPORAN SARINGAN BUKAN WARGA NEGARA (BWN)

BERITA DUNIA
Setakat 6 Januari 2021, jumlah kumulatif kes COVID-19 dunia menghampiri 87 juta berikutan pertambahan 748,062 kes baharu dilaporkan dalam 24 jam yang lepas. Jumlah kes kematian juga kini 1.88 juta kes iaitu peningkatan 15,435 kes.
Angka kes positif di Amerika Syarikat pula telah melepasi 21 juta kes. Ini diikuti India, Brazil dan Rusia. Negara-negara yang mencatatkan kes melebihi 2 juta kes adalah UK, Perancis, Turki dan Itali. Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Aftrika Selatan, Ukraine dan Peru pula merekodkan kes positif melebihi 1 juta kes. Botswana pula negera terbaharu yang mencatatkan kes melebihi 15 ribu.
Di ASEAN, jumlah kes positif di Indonesia makin menghampiri 80 ribu kes diikuti Filipina dan Myanmar. Malaysia pula kini di atas Honduras iaitu ke-71 dunia.

















