Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 04 Januari 2021

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM :BAHASA MELAYU

Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 4 Januari 2021

Kes sembuh=1,010
Jumlah kes sembuh=98,228 kes
Kes baharu positif=1,741 kes (1,733 tempatan, 8 import)
Jumlah positif=120,818
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=501 kes
Kes dirawat di ICU=122 kes
Bantuan Alat Pernafasan=53 kes

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

HEAT MAP KAWASAN AKTIF

P.Pinang laporkan 55 kes baharu hari ini, lebih rendah berbanding pada 2 Januari (288) dan 3 Januari (103).
Secara pecahan, 33 kes baharu hari ini adalah dalam kluster sedia ada, 13 saringan kontak rapat dan baki 9 daripada lain-lain saringan.
Kesemua daerah di P.Pinang telah bertukar kepada zon merah sejak 2 Januari 2021.
Elakkan tempat sesak, tempat sempit dan bersembang dengan jarak dekat.

Kelantan lapor 50 kes baharu.
25 daripadanya dalam kluster sedia ada. 24 kes daripada saringan kontak rapat manakala baki 1 kes daripada lain-lain saringan.
Kota Bharu berada di zon merah. Hanya daerah Jeli sahaja kekal hijau.
Elakkan tempat sesak, sempit dan bersembang dengan jarak dekat.

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 4 Januari 2021, terdapat sebanyak 537 kluster telah dilaporkantermasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 306 kluster termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Sembilan, Kluster Saguking, Kluster Monsoon, Kluster Buntar, Kluster Sky Coklat, dan Kluster Gading. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 231 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Duyong (95 kes), Kluster Jalan Perindustrian (81 kes) dan Kluster Hentian (73 kes).

TABURAN KES

PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA



INFO SITUASI TERKINI STESEN KUARANTIN
sumber :Sekretariat Pengurusan Bencana APM



LAPORAN SARINGAN BUKAN WARGA NEGARA (BWN)

BERITA DUNIA

Setakat 4 Januari 2021, jumlah kumulatf kes positif COVID-19 dunia meningkat lebih 500 ribu kepada 85.55 juta kes. Namun, jumlah kematian akibat COVID-19 turut bertambah kepada 1.85 juta iaitu pertambahan yang lebih rendah berbanding semalam.
Hari ini juga menyaksikan Ireland menjadi negara terbaharu mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 100 ribu kes manakala Zimbabwe kini merekodkan angka positif melebihi 15 ribu kes.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp