Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 23 Disember 2020

/harian

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM :BAHASA MELAYU

Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 23 Disember 2020

Kes sembuh=710
Jumlah kes sembuh=80,014 kes
Kes baharu positif=1,348 kes (1,332 tempatan, 16 import)
Jumlah positif=98,737 kes
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=444 kes
Kes dirawat di ICU=102 kes
Bantuan Alat Pernafasan=44 kes

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

HEAT MAP KAWASAN AKTIF

Selangor lapor 535 kes baharu dan 179 sembuh.
209 daripada jumlah tersebut dikesan dalam kluster-kluster sedia ada manakala 154 kes lainnya daripada saringan kontak rapat. 160 kes adalah lain-lain saringan dan baki 12 melibatkan kes import.

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 23 Disember 2020, terdapat sebanyak464 kluster telah dilaporkan termasuklima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak256 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Kiambang,Kluster Padang, danKluster Liawan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak208 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak43 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalahKluster Tapak Bina Muda (162 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (123 kes), dan Kluster Teratai (79 kes).

TABURAN KES

PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA

SITUASI TERKINI STESEN KUARANTIN
sumber :Sekretariat Pengurusan Bencana APM

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

LAPORAN SARINGAN BUKAN WARGA NEGARA (BWN)

BERITA DUNIA

Setakat 23 Disember 2020, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini sudah melepasi 78.44 juta kes iaitu pertambahan sebanyak 648,435 kes.
Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan pertambahan lebih 200 ribu kes. Ini diikuti India 10.1 juta kes dan Brazil 7.32 juta kes. Negara-negara yang merekodkan kes positif melebihi 20 juta pula ialah Turki, UK, Perancis dan Rusia.
Peru pula adalah negara terbaru yang merekodkan lebih 1 juta selain daripada Poland, Mexico, Colombia, Argentina, Jerman, Sepanyol dan Itali.
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia pula kini melebihi 1.73 juta kes. Namun, kadar kematian kekal 2.2 peratus.
Di kalangan negara ASEAN, Indonesia merekodkan pertambahan kes positif tertinggi berbanding semalam dengan 7,514 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif ialah 685,639 kes.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp