Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 18 Okt 2020

  • Kes sembuh=701
  • Jumlah kes sembuh=13,262 kes
  • Kes baharu positif=871
  • (kes import=5, kes tempatan=866)
  • Jumlah positif=20,498 kes
  • Kes kematian=7
  • Jumlah kes kematian=187 kes
  • Kes dirawat di ICU= 86 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan= 28 kes

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Putus CovidPutus CovidPutus Covid

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Dukacita dimaklumkan terdapat 7 kes kematian dilaporkan melibatkan 5 WN dan 2 BWN. Kes kematian 181 - 186 dilaporkan di Sabah manakala kes 187 dilaporkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Jumlah kes kematian kini adalah sebanyak 187 kes. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

5 kes import yang dilaporkan adalah dari Selangor. Secara keseluruhan, 84 kes baharu di kesan di Lembah Klang; KL (7 kes), Selangor (77 termasuk 5 import). Putrajaya pula tidak melaporkan kes baharu hari ini.

Sabah terus catat jumlah kes tertinggi iaitu 702 kes (80.6%). Ini kerana lebih ramai individu telah disaring di lapangan. Sejak bermula pandemik, sejumlah 251,030 individu telah disaring di negeri Sabah. Selain itu,terdapat 1 kluster baharu dilaporkan, Kluster Penjara Kepayan

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

34 kluster aktif melaporkan kes baharu hari ini termasuk 4 kluster baharu iaitu Penjara Kepayan (Sabah), Alma (P.Pinang), Auto (Selangor & N.Sembilan) dan Bah Layangan (Labuan & N.Sembilan). Kluster Penjara Kepayan mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 49 kes. Secara keseluruhan, 97 kes (11.1%) adalah dari kluster Tembok, Penjara Reman, Penjara Seberang Perai dan Penjara Kepayan. Kes-kes ini adalah terasing di penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

KLUSTER BAHARU

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

LAPORAN SARINGAN COVID-19

Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

BERITA DUNIA

Jumlah terkini kes COVID-19 adalah 39.6 juta dengan jumlah kesembuhan 29.2 juta kes dan kematian 1.11 juta kes.
Negara Guatemala menjadi negara yang ke-45 mempunyai jumlah kes melebihi 100,000 kes.
Amerika Syarikat adalah negara yang mempunyai jumlah kes yang tertinggi.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp