
Situasi Terkini 02 Ogos 2020


KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH
Status terkini COVID-19 setakat 2 August 2020
- Jumlah discaj baru: 17
- Jumlah kumulatif discaj: 8664 (96.28%)
- Jumlah kes baru; 14
- Jumlah kumulatif: 8999
- Jumlah kes aktif: 210
- Jumlah kematian: 0
- Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.39%)
- Jumlah kes di ICU: 2
- Pesakit intubated: 1
Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)
TERUS PATUH KEPADA S.O.P
Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
LAPORAN HARIAN
- UTAMA
- HIGHLIGHTS : SITUASI TERKINI KLUSTER SIVAGANGGA
- PENGEMBARA & PEMASTAUTIN
- KLUSTER
- SARINGAN
- TABURAN KES
- UJIAN MAKMAL
- BERITA DUNIA



STATUS TERKINI BAGI KLUSTER PUI SIVAGANGGA
Sehingga 2 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 313 orang telah disaring. Daripada jumlah ini,
20 kes dikesan positif COVID-19,
280 negatif dan
13 kes masih menunggu keputusan ujian.
Daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif. Tiada kes dirawat di ICU dan tiada kematian dilaporkan. Daripada kes positif yang dilaporkan, sebanyak 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan lima (5) kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.
Pada hari ini, sebanyak 11 kes positif dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM:
- 8 kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke8975, iaitu termasuk juga 1 kes pelajar sekolah berumur 7 tahun. Kes-8975 merupakan kes generasi pertama.
- 3 kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8976, iaitu termasuk juga 1 kes pelajar sekolah berumur 10 tahun. Kes-8976 merupakan kes generasi pertama;
Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan.
Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan COVID-19. Aktiviti pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif.

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
1 kes import dilaporkan daripada 14 kes baharu hari ini.





LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia






KLUSTER DEPOH TAHANAN

LAPORAN SARINGAN COVID-19
(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
- Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
- Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
- Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
Kekalkan daerah anda berwarna hijau
Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita


LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19



BERITA DUNIA
Jumlah kes COVID-19 dunia telah mencapai sekitar 17.8 juta kes dengan jumlah kes harian 282,000 kes yang menunjukkan penurunan daripada sebelumnya iaitu 294,000 kes.
Kes harian bagi negara Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan iaitu 71,000 kes manakala bagi negara Brazil menunjukkan penurunan iaitu 53,000 kes. Bagi negara India masih menunjukkan peningkatan jumlah kes harian iaitu 58,000 kes.
Kadar kesembuhan dunia pada masa kini meningkat kepada 61.8% atau 11 juta kes berbanding sebelumnya 61.5% atau 10.8 juta kes








