Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU | [ENGLISH]()

KERATAN AKHBAR HARIAN :28 JULAI 2020

Status terkini COVID-19 setakat 28 Julai 2020

  • Jumlah discaj baru: 6
  • Jumlah kumulatif discaj: 8607 (96.2%)
  • Jumlah kes baru; 39
  • Jumlah kumulatif: 8943
  • Jumlah kes aktif: 212
  • Jumlah kematian: 0
  • Jumlah kumulatif kematian: 124 (1.39%)
  • Jumlah kes di ICU: 1
  • Pesakit intubated: 1

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

Putus CovidPutus Covid

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

11 kes import dilaporkan daripada 39 kes baharu hari ini.

Lebih 37% pengembara yang positif Covid-19 balik dari Indonesia dan selebihnya dari negara Mesir, Singapura, Arab Saudi, UK, Pakistan dan negara-negara lain.

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER BAHARU

KLUSTER BAHARU DIKENALPASTI DI KEDAH DAN SARAWAK

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu:

Kluster PUI Sivagangga, India:

Kes indeks kluster ini merupakan seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020 (iaitu kes ke-8937). Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun didapati tidak mematuhi syarat perintah tersebut dan di dalam tindakan pihak berkuasa. Saringan ulangan didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 28 Julai 2020, 28 kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah tersebut:

Lima (5) dikesan positif COVID-19; dan

23 negatif.

Kes indeks merupakan seorang pemilik kedai makan. Empat orang daripada kes positif dalam kluster ini adalah pekerja kedai tersebut yang merupakan bukan warganegara manakala seorang lagi adalah ahli keluarga kepada kes indeks. Kesemua kes positif ini berkongsi tempat kediaman dengan kes indeks. Premis yang dikenalpasti ini telah ditutup bagi proses pembersihan dan nyah kuman.

Kluster Satok:

Kluster ini dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching, di mana saringan COVID-19 telah dijalankan di pasar tersebut. Sehingga 28 Julai 2020 sebanyak 229 orang peniaga telah disaring. Daripada jumlah tersebut:

Empat (4) dikesan positif COVID-19;

225 negatif.

Kesemua kes positif adalah tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan. Aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan di pasar tersebut sedang dilaksanakan termasuk proses pembersihan dan nyah kuman bagi premis dan kemudahan yang berkaitan.

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

6 kluster baharu melaporkan kes baharu hari ini.

2 daripadanya, Kluster PUI Sivagangga dan Satok adalah kluster baharu.

KLUSTER SENTOSA

9 kes baharu termasuk seorang kakitangan kesihatan KKM telah dikesan bagi Kluster Sentosa di Kuching, Sarawak.

Setakat ini, 30 kes positif termasuk generasi kedua.

Hospital KKM ini telahpun ditutup kepada orang ramai. Pengesanan kontak rapat telah dan sedang dijalankan.

KLUSTER DEPOH TAHANAN

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Jumlah kes dunia adalah 16.4 juta dengan kes harian sebanyak 222 ribu kes menurun dari sebelumnya iaitu 259 ribu. Kes harian bagi negara Amerika Syarikat dan Brazil menunjukkan penurunan iaitu 56 ribu kes dan 23 ribu kes namun negara India kes harian meningkat kepada 51 ribu kes. Negara Indonesia menjadi negara yang ke-24 mempunyai kes melebihi 100 ribu kes. Kes kesembuhan telah mencapai 60% dan hanya 44 negara sahaja yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 90% berbanding sebelumnya 45 negara.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp