
Situasi Terkini 26 Julai 2020


Klik Untuk Capaian Melalui FB Video
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH
Status terkini COVID-19 setakat 26 Julai 2020
- Jumlah discaj baru: 6
- Jumlah kumulatif discaj: 8600 (96.7%)
- Jumlah kes baru; 13
- Jumlah kumulatif: 8897
- Jumlah kes aktif: 173
- Jumlah kematian: 1
- Jumlah kumulatif kematian: 124 (1.39%)
- Jumlah kes di ICU: 2
- Pesakit intubated: 1
Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)
TERUS PATUH KEPADA S.O.P
Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
LAPORAN HARIAN


Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Kes kematian ke-124 (kes ke-8743) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia. Beliau mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai 2020 serta mendapat rawatan pada 9 Julai 2020. Beliau dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada hari yang sama untuk rawatan lanjut. Ujian COVID-19 didapati positif. Keadaan beliau didapati merosot dan kemudiannya semakin tenat. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Julai 2020 jam 12.04 pagi. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.


LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
3 kes import dilaporkan daripada 13 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu adalah sebanyak 736.





LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
2 kluster melaporkan kes baharu hari ini;
- Bukit Tiram (7 kes)
- Sentosa (1)
Tiada kes baharu bagi lain-lain kluster.






Terdapat 1 lagi kes baharu dikesan dalam Kluster Sentosa. Kes adalah kontak rapat kes indeks.

KLUSTER DEPOH TAHANAN

KLUSTER TAMAT
1 kluster ditamatkan pada hari ini iaitu Kluster Pedas. Kluster ini pernah melaporkan sebanyak 326 kes termasuk 14 warganegara. Tiada kes kematian dilaporkan dari kluster ini. Sehingga kini, terdapat 68 kluster telah ditamatkan.

LAPORAN SARINGAN COVID-19
(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

- Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
- Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
- Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
Kekalkan daerah anda berwarna hijau
Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita


LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19



BERITA DUNIA
Kes dunia COVID-19 hampir kepada 16 juta kes dan kes harian pula mencatatkan 287 ribu kes berbanding sebelumnya 300 ribu kes dan menunjukkan sedikit penurunan.
Negara Amerika Syarikat, Brazil dan India masih yang tertinggi dengan mencatatkan kes harian 48 ribu hingga 78 ribu kes.
Walaupun kadar kesembuhan dunia hampir 60% namun hanya ada 49 negara yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 90%.








