Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

Status terkini COVID-19 setakat 25 Julai 2020

  • Jumlah discaj baru: 17
  • Jumlah kumulatif discaj: 8594 (96.7%)
  • Jumlah kes baru; 23
  • Jumlah kumulatif: 8884
  • Jumlah kes aktif: 167
  • Jumlah kematian: 0
  • Jumlah kumulatif kematian: 123 (1.38%)
  • Jumlah kes di ICU: 3
  • Pesakit intubated: 2

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

Putus CovidPutus Covid

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Jumlah kes hari ini (23 kes) adalah tertinggi sejak 16 Jun 2020. Terus amalkan saranan yang diberikan oleh KKM terutama SOP iaitu S; Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), O; Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan, P; Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

6 kes import dilaporkan daripada 23 kes baharu hari ini melibatkan 4 warganegara dan 2 bukan warganegara yang pulang dari Rusia, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Jumlah keseluruhan kes import; 733.

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER BAHARU

DUA (2) LAGI KLUSTER BAHARU TELAH DIKENALPASTI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu:

1)Kluster Bukit Tiram

Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat dua (2) kes positif yang telah dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor. Kedua-dua kes positif (iaitu kes ke-8868 dan kes ke-8869) yang dikesan dalam kluster ini merupakan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan merupakan kakitangan pusat tersebut.

Kedua-dua kes positif ini telah mula mengalami gejala pada 15 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan. Kemudiannya mereka telah membuat saringan COVID-19 dan dikesan positif pada 24 Julai 2020.

Sehingga 25 Julai 2020, terdapat dua (2) kes positif dan 10 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini. Semua 10 orang kontak rapat telah disaring dan masih menunggu keputusan. Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (active case detection) sedang diteruskan. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

2)Kluster Syarikat Pembinaan Kuching

Kes pertama kluster ini merupakan kes positif COVID-19 yang telah dikesan pada 11 Julai 2020 (iaitu kes ke-8715). Melalui siasatan yang telah dijalankan, sebanyak 55 kontak rapat telah dikenalpasti yang terdiri daripada lima (5) rakan serumah dan 50 rakan sekerja. Kesemua kontak ini telah disaring dan didapati negatif COVID-19.

Kluster ini telah dikenalpasti apabila satu (1) kes positif (iaitu kes ke-8881) telah dikesan daripada saringan ulangan kontak-kontak rapat kes ke-8715. Aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) masih diteruskan. Punca jangkitan kluster adalah masih di dalam siasatan.

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

7 kluster melaporkan kes positif termasuk 2 kluster baharu;

  1. Sentosa - 4 kes baharu
  2. Warga Emas Kluang - 2
  3. Bukit Tiram (kluster baharu) - 2
  4. DTI Bukit Jalil - 1
  5. Kejuruteraan Kuching - 1
  6. Rumah Kongsi Sepang - 1
  7. Sykt Pembinaan Kuching (kluster baharu) - 1

KLUSTER SENTOSA

4 lagi kes baharu hospital Kluster Sentosa. Hospital ini telah ditutup kpd org awam. Semua kakitangan dikuarantin dalam hospital. Pengesanan kontak rapat juga telah dan sedang dijalankan.

KLUSTER DEPOH TAHANAN

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Kes harian dunia COVID-19 terus mencatatkan peningkatan yang tinggi iaitu hampir 300 ribu kes berbanding sebelumnya 260 ribu kes.
Negara Amerika Syarikat, Brazil dan India adalah negara yang mencatatkan kes harian yang tinggi iaitu antara 50 ribu hingga 70 ribu kes.
Negara Iraq menjadi negara yang ke-23 mempunyai jumlah bilangan kes melebihi 100 ribu.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp