Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN :24 JUL 2020

Terkini #covid19malaysia, 24 Julai 2020

  • Status terkini COVID-19 setakat 24 Julai 2020
  • Jumlah discaj baru: 3
  • Jumlah kumulatif discaj: 8577 (96.8%)
  • Jumlah kes baru; 21
  • Jumlah kumulatif: 8861
  • Jumlah kes aktif: 161
  • Jumlah kematian: 0
  • Jumlah kumulatif kematian: 123 (1.39%)
  • Jumlah kes di ICU: 5
  • Pesakit intubated: 2

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

Putus CovidPutus Covid

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

5 kes import dilaporkan daripada keseluruhan 21 kes baharu hari ini.

Mereka pulang daripada Singapura, Australia, Filipina, Pakistan dan Qatar. .

Sehingga kini, terdapat 727 kes import dilaporkan..

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER BAHARU

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga buah kluster baharu yang telah dilaporkan pada hari ini, iaitu:

1)Kluster Elsa

Kes indeks kluster ini adalah seorang bukan warganegara (iaitu kes ke-8839) yang merupakan seorang krew kapal. Beliau mempunyai sejarah perjalanan menaiki kapal terbang dari Filipina dan transit di Korea. Beliau telah masuk ke Malaysia pada 16 Julai 2020 untuk mula bekerja. Saringan COVID-19 di Filipina pada 14 Julai 2020 dilaporkan negatif. Beliau kemudiannya menaiki kapal terbang ke Kuantan dan bermalam di sebuah hotel di sana, sebelum dibawa ke kapal untuk menjalani kuarantin di atas kapal setelah mendapat kelulusan Jabatan Laut.

Lima hari kemudiannya iaitu pada 20 Julai 2020, beliau mula mengalami gejala. Beliau dikesan positif pada 22 Julai 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

Susulan itu saringan kontak rapat telah dijalankan dan setakat ini seramai 108 telah disaring di mana:

Tiga (3) dikesan positif COVID-19 (yang melibatkan dua (2) bukan warganegara dan satu (1) warganegara);

48 negatif; dan

57 masih menunggu keputusan.

2)Kluster PUI Ramnad

Kes indeks kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 6 Julai 2020 (iaitu kes ke-8817). Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan mula mengalami gejala ringan pada 19 Julai 2020. Saringan hari ke-13 HSO didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Setakat ini seramai 18 orang telah disaring dan mereka terdiri daripada enam (6) ahli keluarga dan 12 penumpang pesawat. Daripada jumlah ini:

Dua (2) dikesan positif COVID-19 (iaitu kedua-dua adalah ahli keluarga kes indeks);

13 negatif; dan

3 masih menunggu keputusan;

3)Kluster PUI Al Khobar

Kes indeks kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia yang telah pulang ke Malaysia dari negara Arab Saudi pada 10 Julai 2020 (iaitu kes ke-8803). Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Beliau telah menjalani HSO bersama lima (5) orang ahli keluarga di rumah keluarga mereka, di mana kelima-lima mereka ini juga telah pulang dari Arab Saudi bersama kes indeks menaiki pesawat yang sama. Rumah keluarga tersebut turut didiami oleh dua (2) orang ahli keluarga yang lain.

Kes indeks mula mengalami gejala pada 18 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19 pada 20 Julai 2020. Susulan itu, tujuh (7) orang ahli keluarga beliau telah disaring di mana:

Satu (1) dikesan positif COVID-19; dan

Enam (6) negatif.

Siasatan dan saringan kontak rapat sedang diteruskan termasuk saringan penumpang lain pesawat yang dinaiki kes indeks kluster ini.

Ingin dimaklumkan bahawa ketiga-tiga kluster ini adalah merupakan penularan di dalam negara yang telah berpunca daripada kes import. KKM menggesa pengembara yang telah pulang ke Malaysia dan sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah untuk mematuhi sepenuhnya kepada syarat yang telah ditetapkan dalamGaris Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.5/2020 (Annex 10a dan 10b: Home Assessment Tool)

KLUSTER AKTIF

5 Kluster melaporkan kes baharu hari ini termasuk 3 kluster baharu.

  1. Sentosa (8 kes)
  2. Elsa (3)
  3. Warga Emas Kluang (2)
  4. PUI Ramnad (2)
  5. Al Khobar (1)

    Tiada pertambahan kes di kluster lain.

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia


Sehingga kini, Kluster Sentosa mencatatkan 16 kes positif Covid-19 selepas 8 kes baharu dikesan pada hari ini.

Kesemua 15 kes lain adalah kontak rapat kepada kes indeks iaitu kes 8773.


KLUSTER DEPOH TAHANAN

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Kes harian dunia meningkat kepada lebih kurang 260 ribu kes berbanding sebelumnya 241 ribu kes. Jumlah terkini statistik COVID-19 dunia adalah lebih kurang 15.4 juta. Peningkatan ketara juga kes harian dilihat pada negara Amerika Syarikat iaitu 72 ribu kes, Brazil 65 ribu kes dan India 44 ribu kes.
Kerajaan Malaysia telah menetapkan pemakaian wajib pelitup muka bermula pada 1 Ogos 2020. Teruskan mengamalkan 3W (Wash, Wear and Warn) dan elakkan 3S (Tempat yang sesak, sempit dan bersembang secara dekat)

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp