Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN :22 Julai 2020

Status terkini COVID-19 setakat 22 Julai 2020

  • Jumlah discaj baru: 4
  • Jumlah kumulatif discaj: 8566 (96.9%)
  • Jumlah kes baru; 16
  • Jumlah kumulatif: 8831
  • Jumlah kes aktif: 142
  • Jumlah kematian: 0
  • Jumlah kumulatif kematian: 123 (1.39%)
  • Jumlah kes di ICU: 5
  • Pesakit intubated: 1

Nasihat berkaitan COVID-19

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

8 kes import dilaporkan hari ini. 4 adalah warganegara dan selebihnya adalah bukan warganegara.

Kesemua kes dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

PEMODELAN & RAMALAN

Daripada 13 kluster aktif, 9 kluster merupakan penularan kes tempatan dalam negara dan tidak berkait dengan kes import.
Ini menunjukkan masyarakat sememangnya telah leka lalu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
Situasi #COVID19 kebelakangan ini membimbangkan!

KLUSTER BAHARU

KKM ingin memaklumkan dua (2) kluster baharu yang telah dikenalpasti pada hari ini, iaitu:

Kluster Hyde Park

Kluster ini dikesan di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8769) merupakan seorang krew kapal bukan warganegara (iaitu dari negara Rusia). Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Mesir dan India. Kluster ini telah dikenalpasti susulan saringan COVID-19 yang telah dijalani oleh krew kapal tersebut sebelum pulang ke negara asal.

Sehingga 22 Julai 2020 jam 12 tengah hari, keseluruhannya 24 orang telah disaring, iaitu terdiri daripada:

Empat (4) kes positif COVID-19; dan

20 adalah negatif.

Semua kes positif dalam kluster ini melibatkan bukan warganegara. Mereka sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, manakala kesemua kontak rapat yang negatif pula dikuarantin di kapal tersebut. Justeru, kluster ini tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil (isolated) di sebuah kapal.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut.

Kluster PUI Melbourne

Kes indeks kluster ini merupakan seorang pelajar warganegara Malaysia (iaitu kes ke-8749) yang telah pulang dari Australia pada 15 Julai 2020. Beliau telah menaiki dua pesawat, iaitu dari Melbourne ke Kuala Lumpur dan kemudiannya dari Kuala Lumpur ke Kuching. Dari Pintu Masuk Umum Kuching, Sarawak, beliau seterusnya dibawa ke pusat kuarantin di mana saringan COVID-19 didapati positif pada 17 Julai 2020. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Susulan itu, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) telah dijalankan. Satu lagi kes positif telah dikesan dalam kluster ini. Kes kedua ini telah menaiki pesawat yang sama dengan kes indeks iaitu pesawat yang telah bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Sehingga 22 Julai 2020 jam 12 tengah hari, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 dalam kluster ini. Seramai 21 orang kontak rapat yang terdiri daripada penumpang dari pesawat dan kenderaan awam yang berkaitan telah disaring dan masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

4 kluster melaporkan pertambahan kes baharu;

  1. Stutong - 3 kes
  2. Hyde Park (Kluster baharu) - 3 kes
  3. Sentosa - 1 kes
  4. PUI Melbourne (kluster baharu) - 1 kes

KLUSTER DEPOH TAHANAN

KLUSTER TAMAT

2 kluster ditamatkan iaitu Kondominium Hulu Langat dan Tapak Pembinaan Kuching.

Kedua-dua kluster tidak melaporkan sebarang kes kematian. Sehingga kini, 66 kluster telah ditamatkan.

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Jumlah kes dunia telah mencapai 15.1 juta hari ini.
Pada hari ini menyaksikan peningkatan kes harian dunia iaitu 241 ribu kes berbanding semalam 214 ribu kes.
Bagi tiga negara yang teratas juga menunjukkan peningkatan bagi kes harian pada hari ini iaitu Amerika Syarikat 67 ribu kes, Brazil 44 ribu kes dan India 38 ribu kes.
Untuk kes kematian dunia pula hampir 620 ribu (4.10%) dan bagi kesembuhan pula 8.9 juta (59.11%). Negara yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 90% pada hari ini berjumlah 48 negara.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp