Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

Status terkini COVID-19 setakat 20 Julai 2020

  • Jumlah discaj baru: 2
  • Jumlah kumulatif discaj: 8555 (97.2%)
  • Jumlah kes baru; 21
  • Jumlah kumulatif: 8800
  • Jumlah kes aktif: 122
  • Jumlah kematian: 1
  • Jumlah kumulatif kematian: 123 (1.4%)
  • Jumlah kes di ICU: 3
  • Pesakit intubated: 1

Nasihat berkaitan COVID-19

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Kes baharu harian dalam tempoh seminggu menunjukkan trend meningkat. Orang ramai dinasihat tidak ambil mudah bagi mengelak tindakan lebih tegas termasuk melaksana kembali Perintah Berkurung.

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

6 kes import dilaporkan membabitkan mereka yang pulang dari Filipina, Denmark, Rusia dan India. Mereka dibenarkan masuk atas urusan kerja.

4 daripadanya adalah warganegara, 2 bukan warganegara.

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER BAHARU

KLUSTER RUMAH WARGA EMAS KLUANG

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor. Kes pertama kluster ini merupakan kes kematian COVID-19 yang telah dilaporkan pada 19 Julai 2020 (iaitu kes ke-8770), di mana ujian saringan COVID-19 didapati positif. Susulan itu, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) telah dijalankan.

Sehingga 20 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 39 orang telah disaring, iaitu terdiri daripada:

14 kes positif COVID-19;

18 adalah negatif; dan

Tujuh (7) masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah kes positif ini, 13 kes adalah warganegara Malaysia dan satu (1) warga Indonesia. Kes positif kluster ini melibatkan 11 warga emas (iaitu penghuni rumah jagaan tersebut), satu (1) pekerja dan satu (1) ahli keluarga.

Langkah pembendungan dan kawalan jangkitan telah dijalankan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar di pusat penjagaan tersebut. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

Terdapat pertambahan 1 kluster baharu; Rumah Warga Emas Kluang melibatkan 12 warganegara dan 1 bukan warganegara.

Manakala 1 kes baharu dikesan di Kluster PUI Novgorod.

Tiada kes baharu di lain-lain kluster.

1 kes baharu dikesan di Kluster PUI Novgorod. Kes dikesan bergejala dan merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Kes sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kluster Depot Tahanan

KLUSTER TAMAT

1 kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Kidurong, menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 64.

Kesemua 8 kes positif dilaporkan sebelum ini adalah warganegara dan tiada kes kematian dilaporkan.

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp