
Situasi Terkini 19 Julai 2020


KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH
Status terkini COVID-19 setakat 19 Julai 2020
- Jumlah discaj baru: 7
- Jumlah kumulatif discaj: 8553 (97.4%)
- Jumlah kes baru; 15
- Jumlah kumulatif: 8779
- Jumlah kes aktif: 103
- Jumlah kematian: 1
- Jumlah kumulatif kematian: 123 (1.4%)
- Jumlah kes di ICU: 2
- Pesakit intubated: 1
Nasihat berkaitan COVID-19
TERUS PATUH KEPADA S.O.P
Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
LAPORAN HARIAN

Kes kematian ke-123 - Beliau adalah penghuni di pusat jagaan warga emas dan menghidap penyakit darah tinggi kronik dan penyakit strok. Beliau mengalami gejala demam dan batuk pada 10 dan meninggal dunia pada 17 Julai.



LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
4 kes import libatkan 2 warganegara dan 2 bukan warganegara.
Jumlah keseluruhan kes import positif: 701





LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
KLUSTER BAHARU
KLUSTER RUMAH KONGSI SEPANG
Sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah tapak pembinaan di Sepang, Selangor. Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 96 orang pekerja telah disaring, iaitu terdiri daripada sembilan (9) warganegara Malaysia dan 87 bukan warganegara iaitu:
63 warga Indonesia;
22 warga Bangladesh;
9 warganegara Malaysia; dan
2 warga Myanmar.
Daripada jumlah saringan ini, 96 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:
2 kes dikesan positif COVID-19; dan 94 adalah negatif.
Kluster ini melibatkan 2 bukan warganegara, iaitu 1 warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8739) dan satu (1) warga Bangladesh yang merupakan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini.
KLUSTER RESTORAN KUALA LUMPUR
Sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah restoran di Brickfields, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, seramai 250 orang iaitu 14 orang pekerja restoran dan 236 orang pelanggan restoran telah disaring.
Daripada jumlah saringan ini, 250 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:
2 kes dikesan positif COVID-19; dan 248 adalah negatif.
Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu warga India yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8666) dan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini.
KLUSTER JETI KUCHING
Sebuah kluster baharu yang telah dikesan di Sarawak.
Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 25 orang nelayan telah disaring dan keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:
2 kes dikesan positif COVID-19; dan 23 adalah negatif.
Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke8736) dan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan bagi ketiga-tiga kluster masih di dalam siasatan.
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia






Kluster Depot Tahanan

LAPORAN SARINGAN COVID-19
(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

(4) Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

- Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
- Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
- Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
Kekalkan daerah anda berwarna hijau
Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita


LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19



BERITA DUNIA






