Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

Status terkini COVID-19 setakat 17 Julai 2020

  • Jumlah discaj baru: 3
  • Jumlah kumulatif discaj: 8541 (97.6%)
  • Jumlah kes baru; 18
  • Jumlah kumulatif: 8755
  • Jumlah kes aktif: 92
  • Jumlah kematian: 0
  • Jumlah kumulatif kematian: 122 (1.39%)
  • Jumlah kes di ICU: 3
  • Pesakit intubated: 0

Nasihat berkaitan COVID-19

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Daripada 18 kes baharu dilaporkan, 8 adalah kes tempatan melibatkan 6 WN dan 2 BWN. Baki 10 adalah kes import melibatkan 7 WN dan 3 BWN. (WN- warganegara / BWN- bukan warganegara)

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

10 daripada 18 kes baharu hari ini adalah kes import yang pulang dari Kazakhstan, Qatar, Pakistan, Australia dan Jepun. Sehingga kini, jumlah kes positif dikesan dari kes import adalah sebanyak 693.

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

Terdapat 4 kluster baharu dilaporkan hari ini.

  1. Kluster PUI Shirala
  2. Kluster PUI Pitakwa
  3. Kluster Pusat Perubatan Kuching (hospital swasta)
  4. Kluster Jupiter

Kluster PUI shirala dan Pitakwa adalah kluster jangkitan tempatan berpunca dari kes import.
Kluster Jupiter pula adalah kluster dari kes import.

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

Kluster Jupiter adalah nama sebuah kapal yang singgah di Bintulu kerana seorang kru bergejala. Kru itu disahkan positif #COVID19 dan dirawat di Hospital Bintulu.

Klinik Kesihatan Bintulu telah membuat saringan ke atas kapal untuk mengesan kes lain dan semua kru tidak dibenarkan turun dari kapal itu. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada penduduk tempatan.
Selain Kluster Jupiter, terdapat 3 lagi kluster yang dikesan mencatatkan kes baharu iaitu Kluster PUI Shirala, Kluster Pusat Perubatan Kuching dan Kluster PUI Pitakwa.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU TELAH DIKENALPASTI HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat buah kluster baharu yang telah dikenalpasti pada hari ini, iaitu:

Kluster PUI Pitakwa

Kes indeks kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia (iaitu kes ke-8737) yang telah pulang ke Malaysia dari negara Nigeria pada 11 Julai 2020. Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif. Tiga (3) hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi COVID-19 kerana mula mengalami gejala yang lebih teruk di mana beliau dikesan positif serta dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.

Susulan itu, 44 kontak rapat telah dikenalpasti dan disaring terutama dari kalangan ahli keluarga, penumpang dan krew kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja. Daripada jumlah ini:

Dua (2) dikesan positif COVID-19 (iaitu kes ke-8754 dan 8755);

Tiga (3) negatif; dan

39 masih menunggu keputusan.

Kluster PUI Shirala

Kes indeks kluster ini merupakan seorang bukan warganegara golongan professional (iaitu kes ke-8730) dan telah tiba di Malaysia pada 6 Julai 2020 atas urusan kerja. Saringan COVID-19 di India dan kemudiannya di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif.

Lima (5) hari selepas ketibaan di Malaysia beliau perlu menjalani ujian ulangan bagi COVID-19 kerana mula mengalami gejala 11 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Setakat ini, dua (2) kontak rapat telah dikenalpasti di mana satu (1) kes dikesan positif COVID-19 (kes ke-8738) dan seorang lagi adalah negatif.

Kluster Pusat Perubatan Kuching

Kes indeks kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia (iaitu kes ke-8734) yang telah menjalani saringan COVID-19 kerana beliau berisiko tinggi (petugas kesihatan barisan hadapan), namun tidak mempunyai gejala. Beliau dikesan positif COVID-19 pada 14 Julai 2020 dan kemudiannya telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Setakat ini, satu (1) kes dikesan positif COVID-19 daripada 26 kontak rapat telah dikenalpasti termasuk ahli keluarga dan rakan sekerja. Manakala yang lain adalah negatif. Kes positif tersebut adalah ke-8744 dan merupakan rakan setugas kes ke 8734 di sebuah Pusat Perubatan di Kuching.

Kluster Jupiter

Kes indeks kluster ini merupakan seorang bukan warganegara (iaitu kes ke-8723). Beliau merupakan seorang krew sebuah kapal yang berlayar dan mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun dan Singapura. Beliau mula mengalami gejala pada 3 Julai 2020 dan gejala menjadi semakin teruk pada 11 Julai 2020 di perairan Sarawak. Beliau telah dimasukkan ke pusat perubatan dan saringan COVID-19 didapati positif. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Bintulu, Sarawak.

Susulan itu, 29 kontak rapat telah dikenalpasti di dalam kapal tersebut di mana kesemuanya adalah merupakan krew kapal. Daripada jumlah ini:

Dua (2) dikesan positif COVID-19 (kes ke-8747, kes ke-8748); dan 27 negatif.

Kluster ini adalah kluster import yang terpencil (isolated). Masyarakat sekeliling sememangnya tidak terdedah kepada krew kapal ini namun kes yang memerlukan rawatan akan segera dibawa ke pusat perubatan dan hospital.

Saringan dan siasatan selanjutnya sedang diteruskan bagi keempat-empat kluster ini. Maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Kluster Depot Tahanan

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

Saringan Bukan Warga Negara

TABURAN KES

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Tiga negara paling terjejas di dunia terus menyaksikan peningkatan kes dan turut mencatat rekod baharu dengan Amerika Syarikat (AS) yang berada di tempat pertama, merekodkan 75,428 kes jangkitan dalam tempoh 24 jam.

Brazil, di tempat kedua, menyaksikan mangsa dijangkiti virus itu melebihi dua juta orang semalam manakala India, yang berada di tempat ketiga, merekodkan mangsa jangkitan melebihi sejuta orang hari ini. Menurut data Kementerian Kesihatan Persekutuan, India mencatatkan 34,956 jangkitan baharu hari ini. Di Brazil pula, data kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat lebih 45,000 kes jangkitan baharu termasuk 1,300 kematian dalam tempoh 24 jam.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp