
Situasi Terkini 16 Julai 2020


Klik Untuk Capaian Melalui FB Video
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH
KERATAN AKHBAR HARIAN :16 JULAI 2020
Terkini #covid19malaysia, 16 Julai
- Kes sembuh= 12
- Jumlah kes sembuh= 8,538
- Kes positif= 3
- (kes import=1, kes tempatan=2)
- Jumlah positif= 8,737
- Kes kematian=0
- Jumlah kes kematian= 122
- Kes dirawat di ICU= 3
- Bantuan Alat Pernafasan= 1
Nasihat berkaitan COVID-19
TERUS PATUH KEPADA S.O.P
Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
LAPORAN HARIAN
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan sejak 10 Jun yang lalu, terdapat 401 kes positif Covid19 dilaporkan. Dalam masa yang sama juga, terdapat sejumlah 1,563 kes sembuh dilaporkan. Terus amalkan SOP yang telah disarankan oleh pihak kerajaan dan KKM. Usaha bagi memutuskan jangkitan penyakit Covid-19 ini perlu diteruskan kerana kita masih belum menang sepenuhnya.



LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
Terdapat 1 kes import warganegara dilaporkan hari ini. Kes merupakan seorang jurutera yang bekerja di Nigeria. Kes kini dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.




LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
Satu kluster baharu dikesan di sebuah syarikat di Mambong. Sehingga 16 Julai, terdapat 2 kes positif dilaporkan dalam kluster ini Kes indeks (kes ke-8,732) kepada kluster ini mengalami gejala sejak 12 Julai 2020 dan dikesan positif pada 14 Julai 2020 di sebuah pusat perubatan. 70 individu dikenalpasti dan disaring dimana 2 kes dilaporkan positif (1 WN dan 1 BWN), manakala 68 individu lagi masih menunggu keputusan. Punca jangkitan kluster ini masih di dalam siasatan.






Kluster Depot Tahanan

LAPORAN SARINGAN COVID-19
Tiada pertambahan kes bagi saringan Covid-19 di Pusat Jagaan Warga Emas, Pasar dan Tahfiz.
(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

TABURAN KES

- Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
- Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
- Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
Kekalkan daerah anda berwarna hijau
Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita


LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19
Sehingga 16 Julai 2020 jam 12 tengah hari, seramai 868,394 individu telah disampel untuk #COVID19 di Malaysia, iaitu bersamaan dengan 27.14 individu bagi setiap 1,000 populasi.
Bilangan ujian di negara kita adalah setanding dengan negara Korea Selatan. Walaupun kapasti makmal untuk persampelan di Malaysia sudah bertambah sehingga 37,000 sampel sehari, namun kadar positif adalah hanya 1.05 peratus. Ini bermakna hampir 99 peratus keputusan ujian COVID-19 yang telah dijalankan adalah negatif.



BERITA DUNIA






