Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN :26 JUN 2020

Nasihat berkaitan COVID-19

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Hari ini genap 17 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan bermula 10 Jun 2020. Sukacita KKM memaklumkan bahawa kes baharu #COVID19 harian telah mencapaisatu angka selama empat hari berturut-turut mulai 23 Jun 2020. Malahan, kes harian penularan dalam negara dalam kalangan warganegara Malaysia adalah kurang daripada lima kes bagi enam hari berturut-turut Untuk pertama kalinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan,kes aktif adalah kurang daripada 200 pada hari ini.

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

KES BAHARU= 6

𝐚) 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐢𝐦𝐩𝐨𝐫𝐭= 𝟓

𝐢) 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚= 𝟒

𝐢𝐢) 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚= 𝟏

b) melibatkan kes tempatan= 1

i) warganegara= 1

ii) bukan warganegara= 0

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

Kes harian pada hari ini adalah 6 kes (1 tempatan, 5 import). Daripada jumlah ini, tiada satu pun hadir dari mana-mana kluster sedia ada.

Kluster Depot Tahanan

KLUSTER TAMAT

Terdapat 1 lagi kluster yang diisytiharkan tamat iaituKluster Madrasah Sungai Salan. Secara keseluruhan terdapat 46 kluster diisytiharkan tutup termasuk kluster ini.

RUMUSAN KLUSTER

Rumusan Kes Kluster Covid-19:Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling

Tiada pertambahan kes dimaklumkan di Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling. Kes yang masih aktif kini menurun kepada 6 kes sahaja.

LAPORAN SARINGAN COVID-19

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

TABURAN KES

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Ujian percubaan bagi vaksin korona virus atau COVID-19 terhadap manusia akan dijalankan di United Kingdom. Ketua projek, Prof Robin Shattock dari Imprerial College London berkata, seramai 300 sukarelawan akan divaksin dalam beberapa minggu akan datang.

Sebelum ini, mereka telah membuat ujian terhadap haiwan makmal dan didapati vaksin ini selamat digunakan dan berkesan merangsang sistem pertahanan badan. Ini adalah salah satu daripada 120 program penyelidikan menghasilkan vaksin COVID-19 di seluruh dunia.

Kebanyakan program ini tidak sampai ke tahap ujian makmal, namun 13 penyelidikan telah memasuki ujian klinikal iaitu lima di China, tiga di Amerika syarikat, dua di UK dan masing-masing satu di Australia, Jerman dan Rusia. Ujian bagi menghasilkan vaksin COVID-19 ini telah ditaja UK sebanyak £41 juta dan £5 juta bantuan daripada pihak lain.

Selepas ujian fasa pertama ini, satu lagi ujian dirancang pada Oktober membabitkan 6,000 sukarelawan. Pasukan penyelidik Imperial College London berharap vaksin COVID-19 dapat diedar di UK dan negara lain awal 2021.

SUMBER :BBC News


Lebih 9.7 juta dijangkiti #COVID19 di seluruh dunia termasuk 5 juta telah sembuh manakala kematian hampir 500,000. Wabak ini makin terkawal di Eropah dan kebanyakan negara Asia kecuali Asia Selatan seperti India, Pakistan, Iran dan Bangladesh.

Wabak ini makin menular di Afrika Selatan, satu-satunya negara dari Benua Afrika yang catat lebih 100,000 kes.

Kadar kesembuhan di Malaysia hampir menyamai N. Zealand dan kadar kematian pula antara terendah atau menyamai Rusia yg mempunyai lebih 620,000 kes positif.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp