Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

Nasihat berkaitan COVID-19

Putus Covid

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Kes-kes positif Kluster Pedas ini melibatkan 14 kes di kalangan warga Malaysia dan 302 kes bukan warganegara iaitu:

  • 163 kes warga Nepal;
  • 67 kes warga Bangladesh;
  • 35 kes warga Myanmar;
  • 31 kes warga Indonesia;
  • 4 kes warga India;
  • 1 kes warga Vietnam; dan
  • 1 kes warga Kemboja.

Mengimbas kembali, kluster ini telah bermula di kalangan pekerja warganegara Malaysia dan kemudiannya berjangkit serta menular di kalangan pekerja bukan warganegara. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, situasi tempat kediaman yang sesak dan sempit bagi golongan bukan warganegara sememangnya merupakan faktor utama penularan di kalangan mereka.

Susulan itu, pekerja yang terlibat dalam kluster ini telahpun diasingkan di pusat kuarantin. Mereka adalah terasing daripada masyarakat dan tidak memberi risiko kepada umum.

Ingin dimaklumkan bahawa kes-kes positif baharu kluster ini (12 kes) telah dikesan hasil daripada saringan COVID-19 yang kelima dalam tempoh mereka di pusat kuarantin.

-Kenyataan Akhbar KPK Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah -

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19

Kes baharu= 15

a) melibatkan kes import= 2 kes Warganegara

i) 1 kes import balik dari Turnisia (Selangor)

ii) 1 kes import dari Singapura (Johor)

LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA

KLUSTER AKTIF

Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia

Hanya 1 kluster yang masih melaporkan kes baharu iaitu Kluster Pedas dengan 12 kes baharu.

Sehingga kini, 316 kes telah dilaporkan positif COVID-19 yang melibatkan 302 bukan warganegara dan 14 kes adalah warganegara. Daripada jumlah kes ini, hanya 64 kes yang masih dirawat. Tiada kematian pernah dilaporkan bagi kluster ini.

Mengimbas kembali, kluster ini telah bermula di kalangan pekerja warganegara Malaysia dan kemudiannya berjangkit serta menular di kalangan pekerja bukan warganegara. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, situasi tempat kediaman yang sesak dan sempit bagi golongan bukan warganegara sememangnya merupakan faktor utama penularan di kalangan mereka. Susulan itu, pekerja yang terlibat dalam kluster ini telahpun diasingkan di pusat kuarantin. Mereka adalah terasing daripada masyarakat dan tidak memberi risiko kepada umum.

Tiada kes baharu dilaporkan di kluster lain.

Kluster Depot Tahanan

Hanya 9 kes disaring yang masih menunggu keputusan.

KLUSTER TAMAT

Terdapat 1 lagi kluster yang diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster DTI Semenyih yang pernah menyebabkan jangkitan seramai 66 kes tanpa kematian.

Ini menjadikan 40 kluster ditamatkan secara keseluruhan.

LAPORAN SARINGAN COVID-19

Saringan Covid-19 Pusat Jagaan Warga Emas, Pasar dan Madrasah

Bilangan kes saringan meningkat dan TIADA kes baharu dilaporkan.

(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

TABURAN KES

  • Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
  • Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
  • Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari

Kekalkan daerah anda berwarna hijau

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti dan daerah kita

LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19

BERITA DUNIA

Dari 18 negara yang mempunyai jumlah kes melebihi 100 ribu kes, hanya tujuh negara iaitu Amerika Syarikat, Brazil, India, Rusia, Bangladesh, Chile dan Mexico yang mempunyai jumlah kes harian 5000 ke atas.

Terdapat 54 negara yang mempunyai kadar kesembuhan 90% ke atas dan kadar kesembuhan Malaysia pada hari ini adalah 95.23%.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp