
Situasi Terkini 10 Jun 2020
Klik Untuk Capaian Melalui FB Video
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM :BAHASA MELAYU |ENGLISH

Ringkasan Kes COVID-19 pada 10 JUN 2020
Kes baharu dilaporkan: 2
Perincian kes baharu:-
--> 1 kes import (1 WN, 0 BWN)
--> 1 kes penularan tempatan (0 WN, 1 BWN)
- Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 8,338
- Jumlah kes aktif: 1,206
- Kes sembuh: 39
- Jumlah keseluruhan kes sembuh: 7,014
- Jumlah keseluruhan kes di ICU: 5 (Tiada yg memerlukan bantuan alat pernafasan)
- Kematian: 1
- Jumlah keseluruhan kematian: 118
Nasihat berkaitan COVID-19
TERUS PATUH KEPADA S.O.P
Muat turun aplikasiMySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
LAPORAN HARIAN
Hari ini kali terakhir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon bersama Datuk Noor Hisham dalam sidang media KKM. Beliau yang digelar 'panglima perang KKM' oleh netizen akan bersara wajib selepas 35 tahun bersama KKM.Warga kerja KKM mengucapkan terima kasih dan selamat bersara.

LAPORAN KHAS - STATISTIK KEMALANGAN JALANRAYA
Jumlah kes kemalangan jalan raya meningkat sepanjang tempoh PKPB jika dibandingkan dengan jumlah kes kemalangan jalan raya semasa PKP.
Pandulah kenderaan dan tunggang motosikal dengan lebih cermat bagi mengelakkan kemalangan.

Rekod baharu. Hanya dua kes positif baharu dilaporkan hari ini. Juga, 2 hari berturut-turut tiada kes tempatan melibatkan rakyat tempatan.

Kematian
Maklumat satu kematian terbaharu yang menjadikan sejumlah 118 kes kematian akibat #COVID19 di Malaysia, setakat ini.
Kes kematian ke-118 (kes ke-824) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Jun 2020 jam 7.03 pagi.

TABURAN KES
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
Tiada kes baharu bagi 29 kluster yang masih aktif ketika ini.
Selepas Perhimpunan Seri Petaling, kluster kedua terbesar di negara kita ialah DTI Bukit Jalil dengan kes positif 609.






KLUSTER TAMAT
Terdapat dua (2) lagi kluster yang diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Selangor Mansion dan Kluster IPT Sabah. Ini menjadikan 34 kluster ditamatkan secara keseluruhan.

RUMUSAN KLUSTER
Rumusan Kes Kluster Covid-19:Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling
Satu kes (1) kematian dilaporkan di kluster ini.
Kes masih aktif menurun ke-172 kes sahaja.

LAPORAN SARINGAN COVID-19
Tiada kes baharu dilaporkan di saringan Covid-19 Pusat Jagaan Warga Emas, Pasar dan Madrasah
(1) Tahfiz/Madrasah

(2) Pusat Jagaan Warga Emas

(3) Pasar

LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
Daripada 2 kes positif, satu (1) adalah daripada kes import.
Satu (1) kes penularan dalam negara pula adalah seorang bukan warganegara (iaitu kes saringan kepada kontak rapat kes 8303).




LAPORAN UJIAN MAKMAL COVID-19
Kapasiti ujian harian 50 makmal Covid19.
Kapasiti maksima = 34,951
Ujian dijalankan pada 8 Jun = 9,607 (27%)



BERITA DUNIA
Selain Amerika Syarikat yang mempunyai kes harian yang tinggi, negara dari Amerika Latin (Brazil, Chilie dan Mexico), dan negara Benua Asia (India, Pakistan, Arab Saudi dan Iran) menunjukkan trend peningkatan kes harian yang tinggi.
Negara-negara Eropah pula sudah mula terkawal kecuali negara Rusia dan United Kingdom yang masih mempunyai kes harian yang tinggi.
Malaysia berada di kedudukan ke-63 bagi jumlah kes COVID-19 dan di tangga ke-53 bagi jumlah kes yang sembuh.









