Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

Perincian tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER LADANG SUNGAI PELEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328801) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Sungai Pelek, Sepang. Sehingga 28 Mac 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

2. KLUSTER PATEK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 326000) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Patek, Kota Bharu. Sehingga 28 Mac 2021, sejumlah 331 individu telah disaring, di mana 63 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

3. KLUSTER PAGAR BUKIT CHAGAR

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan bersasar ke atas tahanan-tahanan dan kakitangan sebuah pusat tahanan yang terletak di Bukit Chagar, Johor Bahru. Sehingga 28 Mac 2021, sejumlah 174 individu telah disaring, di mana 52 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp