Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


COVID-19 Malaysia

COVID-19 MALAYSIAKementerian Kesihatan Malaysia

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER PENGKALAN BARAT

Kluster ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang serta daerah Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-42002) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 10 November 2020. Sehingga 22 November 2020, sejumlah 251 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER BAKTI

Kluster ini melibatkan sebuah penjara dalam daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-54624) merupakan seorang banduan yang dilaporkan positif COVID-19 pada 22 November 2020 melalui saringan kemasukan tahanan ke penjara. Sehingga 22 November 2020, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BAYAM INDAH

Kluster ini melibatkan daerah Kulim dan Kuala Muda di negeri Kedah. Kes indeks (iaitu kes ke-53580) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 November 2020. Sehingga 22 November 2020, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next PostPrevious Post

Informasi TerkiniKoleksi ArkibKemaskini Harian

Show more »

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp